Thursday, May 26, 2016

Apa itu Tune Talk

Sebelum Tone Excel saya terangkan, saya ingin bercerita dahulu tentang Tune Talk. Adakah anda tahu apa itu Tunetalk? 

Tune Talk adalah salah satu daripada telco yang banyak di Malaysia. Telco itu apa?

Anda tahu Maxis?
Anda tahu Celcom?


Anda tahu Digi?


Haa, jika anda menjawab ya untuk tiga soalan di atas ni, anda tahu telco itu apa. Ok, sekarang anda dah dapat gambaran tentang telco, jadi saya boleh terangkan lebih lanjut mengenai Tune Talk.
Tune Talk adalah telco yang bekerjasama bersama Air Asia. Fungsi penting yang dikongsi bersama oleh keduanya adalah BigPoint. Setiap kali anda topup kredit Tune Talk anda, anda akan mendapat mata ganjaran. 

Mata ganjaran terbaru dari Tune Talk
Mata ganjaran tersebut boleh ditukarkan kepada BigPoint untuk menebus penerbangan. Atau jika anda tidak ingin menaiki penerbangan percuma, anda juga bole menebus mata ganjaran dengan pelbagai aksesori telefon bimbit malah telefon bimbit sendiri.

Best kan Tune Talk? Selain daripada mata ganjaran, anda juga mendapat data internet percuma setiap kali anda topup. Tak percaya? boleh tengok sekali lagi gamabr di atas.

Tak ke best tu? Tak perlu langgan internet dengan kredit yang anda topup lagi selepas ini. Anda topup dan terus mendapat data internet. Tak perlu menghabiskan kredit anda lagi untuk data internet, anda boleh terus menelefon orang tersayang menggunakan kredit anda yang tidak terguna tadi. Hehe.

Ok, kita akan sambung mengenai Tune Talk di post seterusnya. Hadamkan dan selamat mencuba. 









No comments:

Post a Comment